Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Lumpur Khirudin Drahman@Hussaini berkata, jumlah itu meningkat RM13 juta pada tahun lalu berbanding tahun sebelumnya yang mencatatkan kerugian sebanyak RM88.52 juta. “Berdasarkan statistik, jumlah kematian akibat kebakaran rumah menurun iaitu hanya dua kes pada tahun lalu berbanding enam kes pada 2012.
“Bagaimanapun, pada Disember lalu berlaku kemalangan di Bulatan Kampung Pandan menyebabkan enam mangsa terbakar dan meninggal dunia,” katanya.
Beliau berkata, bagi meningkatkan kesedaran masyarakat berkaitan risiko berlakunya kebakaran, Bahagian Keselamatan Kebakaran melalui Cawangan Kesedaran Awam akan mengadakan kempen kepada penduduk yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta kawasan penempatan padat