Johor Bahru: Sepuluh bas kilang dan satu bas sekolah terbakar di tempat simpanan bas sebuah gudang di Kota Kecil dekat Kota Tinggi, pagi tadi.
Dalam kejadian 4.15 pagi itu, enam bas kilang itu terbakar keseluruhannya, manakala selebihnya terbakar sebahagian saja.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Tinggi Ahmad Amat berkata, seramai tujuh anggota bomba ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada jam 4.26 pagi.
"Kami tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian dan mendapati enam bas kilang berwarna biru terbakar keseluruhannya dan lima lagi bas termasuk satu bas sekolah terbakar sebahagaian, manakala kenderaan lain yang disimpan di gudang simpanan bas itu tidak terbakar.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan,"