Selasa, 30 Disember 2014 - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah bersama warga Kedah bersama-sama menyumbang barang keperluan kepada mangsa banjir di Pantai Timur. Orang ramai mula menghantar sumbangan berupa makanan, pakaian, lampin pakai buang kanak-kanak dan dewasa serta barang keperluan asas yang lain pada 27 hingga 29 Disember 2014 di Ibu Pejabat, JBPM Negeri Kedah. Semua sumbangan tersebut akan di hantar ke pusat pengagihan di negeri terbabit dengan menggunakan tiga buah lori dengan muatan lima tan pada 31 Disember 2014.
JBPM Negeri Kedah turut menghantar bot dan anggota untuk membantu memindahkan mangsa banjir yang teruk melanda negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Terima kasih diucapkan kepada PERISMA Negeri Kedah dan orang ramai dalam membantu menjayakan misi ini. Adalah diharapkan dengan bantuan ini boleh membantu meringankan beban yang ditanggung akibat musibah banjir dan berharap bencana yang melanda dapat segera kembali pulih.