Sudahkah kita belajar daripada sejarah? 11 Disember 1993,The Highland Towers Blok 1 telah runtuh, menjadi titik hitam dalam sejarah negara, mengorbankan 48 nyawa. Tragedi yang menimbulkan pelbagai persoalan berkaitan polisi alam sekitar dan pembangunan, sistem pengurusan bencana dan lain-lain.
Namun, parut yang masih berbekas di wajah ibu kota itu, masihkah memberi rasa insaf kepada pemaju, PBT dan kerajaan serta pengguna untuk mengubah sikap mereka terhadap pembangunan di kawasan cerun di negara kita?
Ambillah iktibar. Pelihara alam sekitar, rumah kita bersama ini.Disini juga nama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di angkat sebagai Jabatan Penyelamat dan perubahan berlaku oleh itu kita semua sedar bahawa tugas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mencabar dan beresiko tinggi.Kami tidak meminta wang atau pun harta tetapi kami hanya ingin sedikit perhargaan atas pergorbanan kami.
Episod 1 Episod 2 Episod 3 Episod 4