Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

  • Home
  • About
  • Template
  • Design
  • Blogger
  • Tips Tricks
Home » Fire Information » Fire News » N9 » Fire News : Pemandu jentera lima tan dan kenderaan EMRS akan terima elaun RM150

Friday, 12 December 2014

Fire News : Pemandu jentera lima tan dan kenderaan EMRS akan terima elaun RM150


SEREMBAN 11 Dis. – Kira-kira 2,000 pegawai bomba dan penyelamat Gred KB17 bakal menerima Elaun Tanggungjawab Khas (ETK) sebanyak RM150 berkuat kuasa Januari 2015.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kerajaan memutuskan untuk memberi elaun tersebut khusus kepada pegawai yang memandu dua kategori jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat. “Elaun itu hanya diberikan kepada pegawai berjawatan Gred KB17 yang ditugaskan memandu jentera bomba lima tan ke atas serta jentera Perkhidmatan Penyelamat dan Perubatan Kecemasan (EMRS).

“Imbuhan itu bagi menghargai tanggungjawab, keupayaan serta kemahiran pegawai terbabit untuk mengendalikan jentera yang berharga jutaan ringgit. Elaun tersebut akan diberi bermula 1 Januari 2015,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Pusat Penyelidikan Kebombaan (PUSPEK) dan Sambutan Hari Inovasi dan Bulan Bahasa Kebangsaan KPKT 2014 di Bandar Enstek, Nilai dekat sini hari ini. Mengulas berhubung PUSPEK, Abdul Rahman memberitahu, pusat berkenaan berfungsi sebagai platform dalam melaksanakan penyelidikan sains, teknologi dan inovasi kebombaan secara profesional. “Usaha tersebut penting kerana pusat tersebut mampu meningkatkan kecekapan jabatan melalui perancangan dan penyelidikan berprestasi tinggi.

“Pusat ini telah dibina di atas tanah seluas 8.4 hektar yang kos keseluruhan mencecah RM29 juta,” katanya. Dalam perkembangan lain, katanya, pihaknya sedang mengkaji untuk mengenakan caj pengurusan sisa pepejal kepada setiap isi rumah. “Kita sedang berbincang untuk mewujudkan sistem bil secara langsung kepada orang ramai berikutan kos pengurusan sisa pepejal semakin meningkat sehingga mencecah RM2.2 bilion setahun. “Kita mendapati jika tiada sumbangan daripada rakyat, mereka tidak berasakan kepentingan dalam menguruskan sisa pepejal, oleh itu kita mahu menggunakan pendekatan di mana pembuang sampah harus bayar,” katanya.

Tambahnya, mekanisme itu adalah sebagai isyarat kepada orang ramai sekali gus meningkatkan kesedaran mereka supaya le­bih bijak menguruskan sisa pe­pejal. “Kita juga telah memikirkan beberapa pendekatan untuk mewujudkan caj berkenaan dan cadangan itu masih diteliti sebelum dibentangkan kepada Jemaah Menteri,” katanya.
f
Share
t
Tweet
g+
Share
?
Unknown
00:02

Belum ada komentar untuk "Fire News : Pemandu jentera lima tan dan kenderaan EMRS akan terima elaun RM150 "

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Find Us :

Entri Populer

  • Fire News : Elakkan kemalangan di tempat kerja...
     Kemalangan Tetap Akan Berlaku Sekiranya Kita Cuai Atau Tidak Mengikut Prosuder Yang Telah Di Tetapkan.
  • Fire Information : Sistem Pendawaian Elektrik
    Sistem Pendawaian Elektrik Pengenalan Sistem Pendawaian Elektrik Terbahagi Kepada 2 Bahagian Iaitu: Sistem Pendawaian 1 Fasa – Biasa Di Kawa...
  • Fire Information : Ucapan Selamat Tahun Baru 2014 daripada YAS Dato'Wan Mohd Nor bin Hj Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
    "Saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 kepada semua warga JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA di mana jua anda berada. Tahni...
  • Fire News ; STUDENTS UPSI Fatal Accident: Al - Fatihah Ahmad Fuad
    Rembau ; Two friends after al-Adha holiday in the village turned into tragedy when they boarded the car skidded , thereby breaking the wall ...
  • Salmi Che, Manager SABASUN That I Know
    I know a close Che Salmi , founder of Supermarket Sabasun affectionately known as Abang Long around the end of 2011 when first assume respon...
  • Fire Information : MERS 999 dicabar 2.8 juta panggilan sebulan
    SEBUT sahaja talian 999, pasti timbul pelbagai tanggapan terhadap nombor berkenaan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepentingan orang ramai...
  • Fire News: Kebakaran Kilang mengakibatkan kerugiaan 5 Juta
    Kebakaran terbaru itu mengundang kebimbangan dalam kalangan pekerja kerana mereka masih terkejut dengan kejadian empat letupan kuat dari kil...
  • Fire News : Pemandu trak ditemui maut
    BUKIT TINGGI – Misteri kehilangan pemandu trak tunda dalam kejadian trak tundanya terbakar kira-kira jam 2.24 pagi semalam terungkai apabila...
  • Fire News : Bomba nekad hantar bantuan malam ini
    SHAH ALAM – Operasi bantuan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat ke atas penduduk yang terperangkap di Manek Urai, Kelantan akan dihantar malam...
  • Fire News : Kereta, motosikal hangus terbakar
    MACHANG - Lima mangsa kemalangan terselamat apabila kenderaan mereka hangus terbakar dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang di Kampung Kem...

Labels

  • Advertisements
  • Fire Information
  • Fire News
  • Jawatan
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Malaysia
  • Melaka
  • N9
  • News
  • Pahang
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Selangor
  • Serawak
  • Terangganu
Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ►  2015 (4)
    • ►  January (4)
  • ▼  2014 (40)
    • ▼  December (15)
      • Fire Information : Helikopter PDRM hilang kawalan ...
      • Fire Information : Sistem Pendawaian Elektrik
      • Fire Information : Sistem Pendawaian Punca Kebakaran
      • Fire Information :Mangsa Banjir Di Negeri Kelantan...
      • Fire Information :475 mangsa banjir masih di pusat...
      • Fire Information : Jangan bersengketa dengan alam ...
      • Fire News :Lemas tergelincir dalam sungai
      • Fire News : Bomba nekad hantar bantuan malam ini
      • Fire News : Kemalangan kenderaan Jabatan Bomba dan...
      • Fire News : Letupan ragut tiga nyawa
      • Fire News: Dua maut lantai runtuh
      • Fire Information :Wajibkan pemasangan alat pemadam...
      • Fire News : Pemandu jentera lima tan dan kenderaan...
      • Fire Information : Sudahkah kita belajar daripada ...
      • Fire Information : Penggiat seni dipelawa filemkan...
    • ►  November (7)
    • ►  January (18)
  • ►  2013 (83)
    • ►  December (83)
Copyright 2013 Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - All Rights Reserved
Design by Mas Sugeng - Published by Evo Templates