Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

  • Home
  • About
  • Template
  • Design
  • Blogger
  • Tips Tricks
Home » Fire Information » Johor » Fire Information : Penggiat seni dipelawa filemkan kisah pengorbanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Wednesday, 10 December 2014

Fire Information : Penggiat seni dipelawa filemkan kisah pengorbanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia


JOHOR BAHRU 4 Dis. – Pembikinan filem atau pementasan mengisahkan kehidupan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia adalah antara usaha yang dicadang­kan untuk menambah keyakinan masyarakat terhadap badan beruniform itu.

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dan memberikan bantuan kepada mana-mana penggiat seni yang berminat melaksanakannya.

Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, cadangan itu sudah dibincangkan dengan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim.

“JBPM sudah mempunyai imej yang baik serta diyakini rakyat dan untuk menambah baik keyakinan itu, apa salahnya kita filemkan kehidupan anggota penyelamat ini.

“Kementerian bersedia membantu dan bekerjasama dengan penggiat seni terbabit dalam pelbagai perkara seperti peralatan dan khidmat nasihat mengenai prosedur dan tanggungjawab seorang anggota bomba untuk difilemkan,” katanya selepas merasmikan Ibu Pejabat JBPM yang baharu di sini hari ini.

Selain Wan Mohd. Nor, yang turut hadir, Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Arpah Abdul Razak dan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Latif Bandi dan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Datuk Ab. Ghani Daud.

Bangunan baharu JBPM yang terletak di Jalan Kangkar Tebrau di sini mula dibina pada 17 Mac 2009 di atas tanah seluas 3.2 hektar dan menelan belanja kira-kira RM19.84 juta.

Bangunan itu menempatkan lima bahagian yang terdiri daripada Bahagian Operasi dan Kebombaan, Bahagian Penyiasatan Kebakaran dan Pendakwaan, Bahagian Ke­selamatan Kebakaran, Bahagian Latihan dan Bahagian Pengurusan serta sebuah pejabat Pusat Gerakan Operasi.
f
Share
t
Tweet
g+
Share
?
Unknown
20:32

Belum ada komentar untuk "Fire Information : Penggiat seni dipelawa filemkan kisah pengorbanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia"

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Find Us :

Entri Populer

  • Fire Information : Sistem Pendawaian Elektrik
    Sistem Pendawaian Elektrik Pengenalan Sistem Pendawaian Elektrik Terbahagi Kepada 2 Bahagian Iaitu: Sistem Pendawaian 1 Fasa – Biasa Di Kawa...
  • Fire Information : Ucapan Selamat Tahun Baru 2014 daripada YAS Dato'Wan Mohd Nor bin Hj Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
    "Saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 kepada semua warga JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA di mana jua anda berada. Tahni...
  • Salmi Che, Manager SABASUN That I Know
    I know a close Che Salmi , founder of Supermarket Sabasun affectionately known as Abang Long around the end of 2011 when first assume respon...
  • Fire News : Elakkan kemalangan di tempat kerja...
     Kemalangan Tetap Akan Berlaku Sekiranya Kita Cuai Atau Tidak Mengikut Prosuder Yang Telah Di Tetapkan.
  • Fire News ; STUDENTS UPSI Fatal Accident: Al - Fatihah Ahmad Fuad
    Rembau ; Two friends after al-Adha holiday in the village turned into tragedy when they boarded the car skidded , thereby breaking the wall ...
  • Fire News : Kebakaran Rumah Kedai di Optimax Eye Specialist Hospital
      KEBAKARAN RUMAH KEDAI di Optimax Eye Specialist Hospital KEBAKARAN RUMAH KEDAI di Optimax Eye Specialist Hospital, Jalan Masjid Negeri Jel...
  • Fire News : Kilang terbakar kali kedua
    BUKIT KAYU HITAM - Sebuah kilang pembungkusan minyak masak musnah dalam satu kebakaran di Kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam , dekat sin...
  • Fire News: Kebakaran Kilang mengakibatkan kerugiaan 5 Juta
    Kebakaran terbaru itu mengundang kebimbangan dalam kalangan pekerja kerana mereka masih terkejut dengan kejadian empat letupan kuat dari kil...
  • Fire News : Pemandu jentera lima tan dan kenderaan EMRS akan terima elaun RM150
    SEREMBAN 11 Dis. – Kira-kira 2,000 pegawai bomba dan penyelamat Gred KB17 bakal menerima Elaun Tanggungjawab Khas (ETK) sebanyak RM150 berku...
  • Fire News : Mandur ladang maut kemalangan
    DUNGUN: Seorang mandur ladang TDM Plantation Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) terbunuh apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan...

Labels

  • Advertisements
  • Fire Information
  • Fire News
  • Jawatan
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Malaysia
  • Melaka
  • N9
  • News
  • Pahang
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Selangor
  • Serawak
  • Terangganu
Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ►  2015 (4)
    • ►  January (4)
  • ▼  2014 (40)
    • ▼  December (15)
      • Fire Information : Helikopter PDRM hilang kawalan ...
      • Fire Information : Sistem Pendawaian Elektrik
      • Fire Information : Sistem Pendawaian Punca Kebakaran
      • Fire Information :Mangsa Banjir Di Negeri Kelantan...
      • Fire Information :475 mangsa banjir masih di pusat...
      • Fire Information : Jangan bersengketa dengan alam ...
      • Fire News :Lemas tergelincir dalam sungai
      • Fire News : Bomba nekad hantar bantuan malam ini
      • Fire News : Kemalangan kenderaan Jabatan Bomba dan...
      • Fire News : Letupan ragut tiga nyawa
      • Fire News: Dua maut lantai runtuh
      • Fire Information :Wajibkan pemasangan alat pemadam...
      • Fire News : Pemandu jentera lima tan dan kenderaan...
      • Fire Information : Sudahkah kita belajar daripada ...
      • Fire Information : Penggiat seni dipelawa filemkan...
    • ►  November (7)
    • ►  January (18)
  • ►  2013 (83)
    • ►  December (83)
Copyright 2013 Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - All Rights Reserved
Design by Mas Sugeng - Published by Evo Templates