Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

  • Home
  • About
  • Template
  • Design
  • Blogger
  • Tips Tricks
Home » Fire News » Selangor » Fire News : Bomba nekad hantar bantuan malam ini

Friday, 26 December 2014

Fire News : Bomba nekad hantar bantuan malam ini


SHAH ALAM – Operasi bantuan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat ke atas penduduk yang terperangkap di Manek Urai, Kelantan akan dihantar malam ini.

Naib Presiden Pas, Husam Musa berkata, sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan, operasi tersebut akan ditangguhkan ke esok pagi.

“Saya baru selesai melawat bilik gerakan banjir di bandar negeri Kelantan. Paras air di sungai utama di seluruh Kelantan menunjukkan peningkatan ketara. Ini menunjukkan peningkatan tahap kritikal di beberapa jajahan seperti Kuala Krai yang sudah sedia teruk. Namun begitu hujan pada waktu ini telah berhenti di seluruh negeri.

“Pihak bomba cuba menghantar bantuan pada malam ini juga dan pihak tentera akan menghantar bantuan pada esok pagi kepada penduduk yang terperangkap di atas sebuah bukit di Manek Urai," katanya.

Difahamkan, operasi bantuan tersebut merupakan percubaan kali ketiga oleh pihak tentera dalam menghulur dan menyampaikan bantuan terhadap mangsa di kawasan itu.

“Pihak Majlis Keselamatan Negara harus menggerakkan lebih banyak jentera dan tenaga bantuan di kawasan kritikal, kemudahan perhubungan utama antara kelantan dan negeri lain telah terputus,” katanya lagi menerusi satu kenyataan hari ini.

Seramai 500 mangsa banjir dikatakan berpindah ke bukit berdekatan ekoran paras air yang meningkat secara mendadak hingga ke paras bahaya.

Sebelum itu, rata-rata mangsa banjir itu dikatakan mendapatkan perlindungan di sebuah pusat pemindahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai.

Namun situasi dilaporkan bertambah kritikal apabila paras air meningkat sehingga menenggelamkan tiga tingkat dari empat tingkat bangunan sekolah.

Husam dalam pada itu turut menghubungi rakan PR bagi menghulur bantuan terhadap mangsa-mangsa banjir.

“Saya telah menghubungi Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali supaya dapat mengirimkan sumbangan tanda solidariti. Alhamdulillah kerajaan Selangor bersetuju dan jumlah bantuan mungkin diumumkan sehari dua ini.

“Saya juga cuba menghubungi Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng bagi tujuan yang sama tetapi beliau masih berada di luar negara,” jelasnya lagi
f
Share
t
Tweet
g+
Share
?
Unknown
05:43

Belum ada komentar untuk "Fire News : Bomba nekad hantar bantuan malam ini"

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Find Us :

Entri Populer

  • Fire News : Elakkan kemalangan di tempat kerja...
     Kemalangan Tetap Akan Berlaku Sekiranya Kita Cuai Atau Tidak Mengikut Prosuder Yang Telah Di Tetapkan.
  • Fire Information : Sistem Pendawaian Elektrik
    Sistem Pendawaian Elektrik Pengenalan Sistem Pendawaian Elektrik Terbahagi Kepada 2 Bahagian Iaitu: Sistem Pendawaian 1 Fasa – Biasa Di Kawa...
  • Fire Information : Ucapan Selamat Tahun Baru 2014 daripada YAS Dato'Wan Mohd Nor bin Hj Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
    "Saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 kepada semua warga JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA di mana jua anda berada. Tahni...
  • Fire News ; STUDENTS UPSI Fatal Accident: Al - Fatihah Ahmad Fuad
    Rembau ; Two friends after al-Adha holiday in the village turned into tragedy when they boarded the car skidded , thereby breaking the wall ...
  • Salmi Che, Manager SABASUN That I Know
    I know a close Che Salmi , founder of Supermarket Sabasun affectionately known as Abang Long around the end of 2011 when first assume respon...
  • Fire Information : MERS 999 dicabar 2.8 juta panggilan sebulan
    SEBUT sahaja talian 999, pasti timbul pelbagai tanggapan terhadap nombor berkenaan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepentingan orang ramai...
  • Fire News: Kebakaran Kilang mengakibatkan kerugiaan 5 Juta
    Kebakaran terbaru itu mengundang kebimbangan dalam kalangan pekerja kerana mereka masih terkejut dengan kejadian empat letupan kuat dari kil...
  • Fire News : Pemandu trak ditemui maut
    BUKIT TINGGI – Misteri kehilangan pemandu trak tunda dalam kejadian trak tundanya terbakar kira-kira jam 2.24 pagi semalam terungkai apabila...
  • Fire News : Bomba nekad hantar bantuan malam ini
    SHAH ALAM – Operasi bantuan oleh pasukan Bomba dan Penyelamat ke atas penduduk yang terperangkap di Manek Urai, Kelantan akan dihantar malam...
  • Fire News : Kereta, motosikal hangus terbakar
    MACHANG - Lima mangsa kemalangan terselamat apabila kenderaan mereka hangus terbakar dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang di Kampung Kem...

Labels

  • Advertisements
  • Fire Information
  • Fire News
  • Jawatan
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Malaysia
  • Melaka
  • N9
  • News
  • Pahang
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Selangor
  • Serawak
  • Terangganu
Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ►  2015 (4)
    • ►  January (4)
  • ▼  2014 (40)
    • ▼  December (15)
      • Fire Information : Helikopter PDRM hilang kawalan ...
      • Fire Information : Sistem Pendawaian Elektrik
      • Fire Information : Sistem Pendawaian Punca Kebakaran
      • Fire Information :Mangsa Banjir Di Negeri Kelantan...
      • Fire Information :475 mangsa banjir masih di pusat...
      • Fire Information : Jangan bersengketa dengan alam ...
      • Fire News :Lemas tergelincir dalam sungai
      • Fire News : Bomba nekad hantar bantuan malam ini
      • Fire News : Kemalangan kenderaan Jabatan Bomba dan...
      • Fire News : Letupan ragut tiga nyawa
      • Fire News: Dua maut lantai runtuh
      • Fire Information :Wajibkan pemasangan alat pemadam...
      • Fire News : Pemandu jentera lima tan dan kenderaan...
      • Fire Information : Sudahkah kita belajar daripada ...
      • Fire Information : Penggiat seni dipelawa filemkan...
    • ►  November (7)
    • ►  January (18)
  • ►  2013 (83)
    • ►  December (83)
Copyright 2013 Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - All Rights Reserved
Design by Mas Sugeng - Published by Evo Templates