Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

  • Home
  • About
  • Template
  • Design
  • Blogger
  • Tips Tricks
Home » Fire Information » Terangganu » Fire Information : Balai bomba musnah, kenderaan tenggelam

Tuesday, 17 December 2013

Fire Information : Balai bomba musnah, kenderaan tenggelam


CHUKAI - Bencana banjir yang melanda Kemaman minggu lalu bukan sahaja memberi cabaran getir kepada pasukan bomba dan penyelamat dari Balai Chukai dalam tugas menyelamat, bahkan terpaksa juga menahan pilu apabila balai mereka musnah dengan kira-kira 11 kenderaan anggota ditenggelami air.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Mat Zakri Che Long berkata, dia terkejut melihat balai mereka dinaiki air sedalam 1.5 meter selepas pulang dari tugas menyelamat dan memindahkan mangsa banjir pada jam 10 malam, 3 Disember lalu.

“Beberapa jam sebelum itu, saya bersama rakan setugas lain lakukan kerja memindahkan mangsa banjir di Kampung Tanjung, Bukit Mentok kerana air naik di situ pada jam 3 petang, namun apabila pulang semula, balai dah tenggelam.

“Hampir menitis air mata kami sebab terlalu sebak lihat semua kenderaan anggota yang bertugas yang diletakkan dalam kawasan balai tenggelam,” katanya kepada Sinar Harian.

Meskipun sedih melihat keadaan itu, Mat Zakri bersama pegawai dan anggota lain tetap cekalkan hati meneruskan tugas menyelamat dan memindahkan mangsa banjir walaupun dalam keadaan sistem talian telefon di balai rosak.

Katanya, talian telefon bilik operasi yang rosak memaksa pegawai dan anggota menggunakan telefon bimbit masing-masing untuk berkomunikasi ketika bertugas.

“Dalam keadaan banjir besar, tugas menyelamat juga sangat mencabar. Paling saya tidak dapat lupakan ketika memindahkan seorang warga emas yang diserang strok di rumahnya di Kampung Paya Berenjut.

“Mangsa waktu itu memakai lampai pakai buang, jadi saya dan seorang lagi anggota mengangkat dan mengusungnya secara berhati-hati sejauh 30 meter dari rumahnya ke bot penyelamat, kami terpaksa meredah air sedalam 1.5 meter. Satu kerja yang sukar juga ketika mahu meletakkan mangsa ke dalam bot,” katanya.

Seorang lagi Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Yusof Muda berkata, kerja memindahkan seorang mangsa banjir di Kampung Seberang Tayor, Air Putih yang mengalami obesiti dengan berat badan lebih 100 kilogram merupakan pengalaman paling getir buatnya.

Katanya, dia bersama anggota setugas terpaksa mengusung mangsa keluar dari rumah sejauh kira-kira 300 meter sebelum diletakkan dalam perahu.

“Hanya mangsa sahaja muat dalam perahu itu sebab saiz perahu kecil, jadi kami terpaksa tolak perahu sejauh beberapa kilometer sebelum dia dipindahkan ke dalam lori untuk dihantar ke pusat pemindahan,” katanya yang mengalami kerugian kira-kira RM6,000 kerana rumahnya di Taman Banggol Indah turut ditenggelami banjir.

f
Share
t
Tweet
g+
Share
?
Unknown
23:21

Belum ada komentar untuk "Fire Information : Balai bomba musnah, kenderaan tenggelam"

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Find Us :

Entri Populer

  • Fire News : Elakkan kemalangan di tempat kerja...
     Kemalangan Tetap Akan Berlaku Sekiranya Kita Cuai Atau Tidak Mengikut Prosuder Yang Telah Di Tetapkan.
  • Fire Information : Sistem Pendawaian Elektrik
    Sistem Pendawaian Elektrik Pengenalan Sistem Pendawaian Elektrik Terbahagi Kepada 2 Bahagian Iaitu: Sistem Pendawaian 1 Fasa – Biasa Di Kawa...
  • Fire Information : Ucapan Selamat Tahun Baru 2014 daripada YAS Dato'Wan Mohd Nor bin Hj Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
    "Saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 kepada semua warga JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA di mana jua anda berada. Tahni...
  • Fire News ; STUDENTS UPSI Fatal Accident: Al - Fatihah Ahmad Fuad
    Rembau ; Two friends after al-Adha holiday in the village turned into tragedy when they boarded the car skidded , thereby breaking the wall ...
  • Salmi Che, Manager SABASUN That I Know
    I know a close Che Salmi , founder of Supermarket Sabasun affectionately known as Abang Long around the end of 2011 when first assume respon...
  • Fire Information : MERS 999 dicabar 2.8 juta panggilan sebulan
    SEBUT sahaja talian 999, pasti timbul pelbagai tanggapan terhadap nombor berkenaan kerana ia mempunyai kaitan dengan kepentingan orang ramai...
  • Fire News: Kebakaran Kilang mengakibatkan kerugiaan 5 Juta
    Kebakaran terbaru itu mengundang kebimbangan dalam kalangan pekerja kerana mereka masih terkejut dengan kejadian empat letupan kuat dari kil...
  • Fire News : Pemandu trak ditemui maut
    BUKIT TINGGI – Misteri kehilangan pemandu trak tunda dalam kejadian trak tundanya terbakar kira-kira jam 2.24 pagi semalam terungkai apabila...
  • Fire News : Kereta, motosikal hangus terbakar
    MACHANG - Lima mangsa kemalangan terselamat apabila kenderaan mereka hangus terbakar dalam kejadian kira-kira jam 1.40 petang di Kampung Kem...
  • Fire News : Suara hilang ditelan api
    ANGGOTA bomba memadam kebakaran dalam nahas membabitkan kereta dan treler. Sungai Petani: “Sedih sangat apabila teringat lelaki itu menjerit...

Labels

  • Advertisements
  • Fire Information
  • Fire News
  • Jawatan
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Malaysia
  • Melaka
  • N9
  • News
  • Pahang
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Selangor
  • Serawak
  • Terangganu
Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ►  2015 (4)
    • ►  January (4)
  • ►  2014 (40)
    • ►  December (15)
    • ►  November (7)
    • ►  January (18)
  • ▼  2013 (83)
    • ▼  December (83)
      • Fire News : Bayi maut jatuh bangunan terlepas duku...
      • Fire News : Rentap tangan anak
      • Fire News: Suara hilang ditelan api
      • Fire News: Stor barang binaan terbakar
      • Fire News : Kilang terbakar kali kedua
      • Fire News : Kereta terbakar, pemandu sempat lari
      • Fire News : Cucu bakar tisu, surat khabar
      • Fire News : Cucu merangkak selamatkan diri
      • Fire News: Air sungai melebihi paras bahaya
      • Fire News : Persediaan sekolah 7 anak hangus
      • Fire News : Kereta, motosikal hangus terbakar
      • Fire News : 80 rumah berapi
      • Fire Information : Balai bomba musnah, kenderaan t...
      • Fire News : Mandur ladang maut kemalangan
      • Fire News : Six people killed in an accident at Ka...
      • Fire News : Elakkan kemalangan di tempat kerja...
      • Fire News : Budak lima tahun selamatkan nenek
      • Fire Information : MERS 999 dicabar 2.8 juta pangg...
      • Fire News : Litar pintas cetus cemas
      • Fire News : Pelatih pusat kemahiran maut
      • Fire News : Jeritan jiran selamatkan keluarga
      • Fire News : Bomba sukarela dilindungi
      • Fire News : Pemuda maut kereta dipandu rempuh lori
      • Fire News :Kereta terperosok bawah bas
      • Rumah pusaka hangus terbakar
      • Fire News : Cucu selamatkan nenek
      • Fire News ; Kemalangan KM 185.3 Lebuhraya Utara Se...
      • Fire News ; Keluarga mangsa buat solat hajat
      • Fire News ; Mayat pelajar PSMZA timbul di permukaa...
      • Fire Information : Catching venomous snake handlin...
      • Fire News : Bas Rapid KL masuk kedai
      • Fire Information ; "Black Hawk Down" - Finally Ame...
      • Fire News : Report immediate needs of flood victims
      • Fire News ; Foreign worker dormitory destroyed
      • Fire Information ; Duties of Fire Not So Clear
      • Fire News ; Cyberjaya Bus Overturned - 3 Survivors
      • Fire News ; Medivac Flight to post Bihai near Gua ...
      • Fire Information ; Scan Back - Even 20 Years Highl...
      • News ; Siti Nurhaliza also help flood victims
      • Fire Information ; Some Photos semas recorded floo...
      • Fire News ; Found child drowning in drain
      • Fire News ;17 UNITS SHOP Perished
      • Fire New ; Baby dumped on the side of the drain.
      • Fire News ; Martial arts teacher was found drowned...
      • Fire Information ; Sincere Contribution Flood Vict...
      • Fire News ; Baby killed, grandmother depressed the...
      • Fire News ; Cars fly gorge plunge
      • Fire News ; Baby 10 months among three killed
      • Fire Information ; Cattle fall special service-drain
      • Fire News ; Special Service Truck Overturned
      • Fire News ; Four people, including three children ...
      • Fire News ; The body of the space elevator. - Info...
      • Fire News ; Three Lamborghini charred on the highway
      • Fire Information ; Drowning Victim Found After 3ho...
      • Fire News ; STUDENTS UPSI Fatal Accident: Al - Fat...
      • Fire Information ; Segment I Malaysian Blogger
      • Fire News ; Floods are dangerous
      • Fire News ; Mother, child hit by van death
      • Fire Information ; KP YAS JBPM field to area flood...
      • Fire Information ; 8 TIPS DRIVING DURING HEAVY RAIN
      • Fire News:Flood situation in Kuantan
      • Fire News:Be guided day during the rainy season
      • Fire News:Banjir di Pahang 3 Disember 2013 : Senar...
      • Fire Information:Terjunam Dalam Saluran Kumbahan
      • Fire Information : Latihan besar-besaran hadapi be...
      • Fire Information: 10 telaga RM1 juta dibina cegah ...
      • Fire News : Pemandu trak ditemui maut
      • Fire News :Hishammuddin Dimasukkan Ke Hospital
      • Fire Information : Air naik mendadak
      • Salmi Che, Manager SABASUN That I Know
      • Courses asas ram air 2013
      • Melaka: "While relaxing after the show, I told the...
      • Drowning victim found
      • Panic call to remember Firefighter
      • Firemen hard at work for the Community
      • Cita-Citaku EP03 - Bomba
      • 3 Siblings Killed In Dead Case Alor Setar Kedah
      • Store flammable police
      • IKBN Student attempts suicide
      • Firemen hard at work for the Community
      • Five old store burnt
      • Customers running live food stalls surprised burning
      • Fire: Screams save 30 iron refinery workers
Copyright 2013 Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - All Rights Reserved
Design by Mas Sugeng - Published by Evo Templates