Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

  • Home
  • About
  • Template
  • Design
  • Blogger
  • Tips Tricks
Home » Fire Information » Perak » Fire Information : Tak sangka terima rumah baru

Sunday, 9 November 2014

Fire Information : Tak sangka terima rumah baru


GEMENCHEH – “Saya tidak sangka kebakaran yang memusnahkan rumah pusaka berusia lebih 50 tahun, 1 Februari lalu sehingga menyebabkan kami lima beranak termasuk ibu hilang tempat tinggal akhirnya dapat didirikan semula oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia,” luah mangsa kebakaran,  Norlia Jaudin, 47, ketika ditemui Sinar Harian sempena Majlis Penyerahan Kunci Rumah di Kampung Gedok Sawah, dekat sini, kelmarin.

Norlia adalah salah seorang daripada lima mangsa kebakaran di negara ini yang menerima bantuan rumah baru bernilai RM40,200 berbanding anggaran harga sebenar mencecah RM70,000 melalui Projek Pembinaan Semula Rumah Terbakar Program My Beautiful Neighbourhood Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Norlia berkata, sejak 13 tahun lalu, dia dan anak-anaknya menumpang teduh di rumah pusaka berkenaan dan selepas seminggu menumpang di rumah saudara, dia akhirnya menyewa rumah di Pekan Gemencheh dengan bayaran RM250 sebulan.

"Saya memang berharap dapat mendirikan rumah kembali di tanah pusaka berkenaan, namun tidak mempunyai sumber kewangan besar. Sebelum ini saya ada juga memohon Rumah Mesra Rakyat.

"Malah, selepas kebakaran banyak pihak datang menyiasat punca kebakaran sehingga saya berasa sedih seolah-olah saya punca kebakaran. Bagaimanapun sekitar Ogos lalu, pihak bomba datang bertanyakan sama ada saya mahu memiliki rumah atau tidak dan ia bagaikan mimpi buat kami sekeluarga," katanya, kelmarin.

Turut hadir, Adun Gemencheh, Datuk Mohd Kamil Abd Aziz; Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Amer Yusof; Pengarah Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan Saadon Mokhtar dan Pengerusi Jawatankuasa
Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Geduk, Pahim Mahmud.

Untuk rekod, projek berkenaan dimulakan sejak 5 September lalu disertai kira-kira 23 anggota bomba dan penyelamat dari seluruh Negeri Sembilan yang mempunyai kemahiran membina rumah.

Sementara itu, Mohd Kamil berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah memberikan perkhidmatan di luar bidang kuasanya dengan membantu mangsa kebakaran untuk membina semula rumah terbakar iaitu masing-masing satu di Selangor, Perak,
Terengganu, Kedah dan Negeri Sembilan.


“Program National Blue Ocean strategy (NBOS) 7: My Beautiful Neighbourhood atau Kejiranan Indah dalam empat program utama iaitu pertama menambah baik kawasan perumahan rendah di Taman Lobak, Negeri Sembilan dan kedua pembinaan semula rumah terbakar.

“Manakala ketiga, meningkatkan rondaan keselamatan di stesen LRT dan pusat membeli belah bagi menangani jenayah dan keempat program kebersihan, pengindahan serta penyelenggaraan kemudahan awam yang mana projek perintis dijalankan di Pantai Klebang Melaka," katanya.
f
Share
t
Tweet
g+
Share
?
Unknown
18:56

Belum ada komentar untuk "Fire Information : Tak sangka terima rumah baru"

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Find Us :

Entri Populer

  • Fire News : Elakkan kemalangan di tempat kerja...
     Kemalangan Tetap Akan Berlaku Sekiranya Kita Cuai Atau Tidak Mengikut Prosuder Yang Telah Di Tetapkan.
  • Fire Information : Sistem Pendawaian Elektrik
    Sistem Pendawaian Elektrik Pengenalan Sistem Pendawaian Elektrik Terbahagi Kepada 2 Bahagian Iaitu: Sistem Pendawaian 1 Fasa – Biasa Di Kawa...
  • Salmi Che, Manager SABASUN That I Know
    I know a close Che Salmi , founder of Supermarket Sabasun affectionately known as Abang Long around the end of 2011 when first assume respon...
  • Fire News ; STUDENTS UPSI Fatal Accident: Al - Fatihah Ahmad Fuad
    Rembau ; Two friends after al-Adha holiday in the village turned into tragedy when they boarded the car skidded , thereby breaking the wall ...
  • Fire Information : Syarat -syarat memasuki Jabatan Bomba dan Penyelamat KB 17
    Pemeriksaan Fizikal dan Pancaindera bagi Jawatan Bomba Memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:   (i) ...
  • 3 Siblings Killed In Dead Case Alor Setar Kedah
    Three of her siblings were shocked the country after their bodies were found in two separate areas . According to police , the death of thre...
  • Fire News : Mandur ladang maut kemalangan
    DUNGUN: Seorang mandur ladang TDM Plantation Bandar Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) terbunuh apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan...
  • Fire News: Kebakaran Kilang mengakibatkan kerugiaan 5 Juta
    Kebakaran terbaru itu mengundang kebimbangan dalam kalangan pekerja kerana mereka masih terkejut dengan kejadian empat letupan kuat dari kil...
  • Fire Information : Ucapan Selamat Tahun Baru 2014 daripada YAS Dato'Wan Mohd Nor bin Hj Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
    "Saya ucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru 2014 kepada semua warga JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA di mana jua anda berada. Tahni...
  • Rumah pusaka hangus terbakar
    PONTIAN - Lapan beranak di Kampung Andek Mori Serkat, Serkat, tinggal sehelai sepinggang selepas rumah yang didiami terbakar, dalam kejadian...

Labels

  • Advertisements
  • Fire Information
  • Fire News
  • Jawatan
  • Johor
  • Kedah
  • Kelantan
  • Kuala Lumpur
  • Malaysia
  • Melaka
  • N9
  • News
  • Pahang
  • Perak
  • Pulau Pinang
  • Sabah
  • Selangor
  • Serawak
  • Terangganu
Powered by Blogger.

Blog Archive

  • ►  2015 (4)
    • ►  January (4)
  • ▼  2014 (40)
    • ►  December (15)
    • ▼  November (7)
      • Fire News : Kemalangan 3 buah lori di batu 9 teron...
      • Fire News : Kebakaran Rumah Kongsi di Belakang Tam...
      • Fire News : Kebakaran Rumah Kedai di Optimax Eye S...
      • Fire Information : Kawad pengungsian Lapangan Terb...
      • Fire Information : Tak sangka terima rumah baru
      • Fire News : Memotong besi yang tertusuk di pinggul...
      • Fire News : Operasi banjir lumpur di ringlet, came...
    • ►  January (18)
  • ►  2013 (83)
    • ►  December (83)
Copyright 2013 Zon 2 Johor Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia - All Rights Reserved
Design by Mas Sugeng - Published by Evo Templates